WEB BLOG
this site the web

Kursus Pelan Strategik Kemahiran Belajar 5 Domain

Bismillahirrahmannirrahim....

Destinasi program kami seterusnya ialah sebuah sekolah rendah yang terletak tidak jauh daripada UPSI, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Kamaruddin. Sasarannya ialah guru-guru dan pelajar tahun 5 & 6. kumpulan fasilitator pula terdiri daripada sifu saya sendiri, En Ab. Aziz bin Mohd Yatim dan 8 orang sahabat saya yang lain. kali ini program dijalankan di bawah subjek universiti bukan seperti kebiasaannya di bawah program kaunseling.

Seperti biasa, sebelum program dijalankan, kami terlebih dahulu melawat tapak program dan berbincang tentang keperluan-keperluan consultee untuk program yang dijalankan. Program ini sebenarnya atas permintaan sekolah itu sendiri atas kejayaan program kemahiran belajar yang telah dianjurkan oleh rakan saya juga pada tahun lepas. Atas peningkatan keputusan UPSR yang agak memberangsangkan, kami sekali lagi dijemput melalui pihak atasan UPSI.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menjalankan program pada 21 Januari 2011. Oleh kerana pada waktu ini terdapat sebilangan guru yang terlibat dalam kursus tersebut, beberapa orang rakan saya telah diminta untuk menggantikan beberapa kelas. Pada mulanya agak kelam kabut sedikit kerana kekurangan tenaga FC, namun Alhamdulillah program tetap dapat dijalankan atas kerja keras dan pengorbanan setiap ahli.

Selama 4 jam tersebut kami hanya menjalankan kemahiran belajar 5 Domain. 2 jam untuk ceramah dan 2 jam untuk bengkel. Memang agak berlainan sedikit cara pngendalian antara sekolah rendah dan menengah. Melaksanakan program di sekolah rendah ini memerlukan kesabaran yang lebih sedikit berbanding sekolah menengah, mungkin kerana aras kefahaman mereka yang masih rendah. Tapi bersama mereka membuatkan kita lebih terhibur dengan pertanyaan-pertanyaan yang bertalu-talu dan ragam yang pelbagai.





























0 ulasan:

Catat Ulasan

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies

Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design