Intervensi solat dalam kaunseling 1
Dicatat oleh
salmah salleh
, Sabtu, 15 Januari 2011 at 8:20 PTG, in
Berikut merupakan salah satu penulisan ilmiah yang telah kami jalankan bagi mengkaji hubungan antara solat dan kaunseling dengan memetik beberapa artikel dan buku.
KELEBIHAN YANG TERKANDUNG DALAM SOLAT
Terdapat banyak kelebihan yang terdapat dalam solat bermula daripada waktu solat, berwuduk sehingga kita memberi salam terakhir. Ramai pakar perubatan Barat telah mengetahui hikmah kesihatan yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi melalui solat. Hal ini dibuktikan menurut M.Mahmud Abdullah berdasarkan Fawa’id Solah, mengungkap beberapa rahsia dan manfaat solat daripada sudut kepercayaan dan kesihatan bagi orang melakukannya. Beliau mengemukakan, tumpuan yang mendalam terhadap solat mempunyai peranan besar dalam menjaga keseimbangaan jiwa dan hati. Selain itu, ssudut kepercayaan yang ada dalam solat, baik ketenangan mahupun ketenteraman yang dirasakan oleh orang yang mendirikan solat seolah-olah meyatukan fungsi hormon yang terdapat dalam tubuh. Perkara ini berkesan bagi memperlambatkan proses penuaan serta menjadikan tubuh sentiasa segar dan ceria
Selain itu juga, menurut pakar saraf pula, Dr. Faris Azury daripada Universiti Amerika mengungkapkan bahawa setiap pergerakan yang terdapat dalam solat terutamanya rukuk dan sujud mampu menguatkan otot-otot belakang manusia disamping menghaluskan lagi jalinan otot serta pergerakan sendi tulang belakang. Perkara ini dapat dirasakan dengan jelas apabila kita mendirikan solat pada usia muda . Secara tidak langsung, solat seolah-olah menjadi terapi kepada organ yang terdapat pada tubuh badab kita serta menjadi salah satu pertahanan terhadap tubuh badan daripada pelbagai penyakit terutamanya lemah otot belakang atau osteoporosis dan dalam masa yang sama juga pergerakan solat mampu melancarkan pengaliran darah dalam badan manusia. Jelas menunjukkan bahawa disamping kita beribadah kepada Allah, solat juga merupakan sumber kesihatan daripada Allah daan jika kita mendirika solat dengan sempurna, secara automatik kita dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita.
Dr. Alexis Carlyle, Ketua Bahagian Penyelidikan Yayasan Rockfeller Amerika juga sebagai pemenang Hadiah Nobel Perubatan menegaskan,
"Sembahyang adalah suatu pembicaraan tentang sebahagian daripada aktiviti sistem anggota badan, bahkan ia adalah alat yang sangat berkesan untuk mencapai kecergasan."
Selain mendapat kebaikan di dunia, seseorang yang mengejakan solat juga akan mendapat kebahagian diakhirat dan jika diteliti kepada beberapa hadis yang telah menyatakan kelebihan-kelebihan solat terhadap individu yang mengerjakannya. Usman r.a diceritakan sebagai berkata, “ Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan khusyuk dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:
1. Dicintai Allah SWT
2. Diberi nikmat kesihatan
3. Dinaungi malaikat
4. Rumahnya diberkati
5. Nur taqawa bercahaya pada wajahnya
6. Hatinya akan menjadi lembut
7. Melintas titi Siraq seperti kilat pantasnya
8. Diselamatkan dari api neraka
9. Jiran-jirannya di Syurga adalah mereka yang Allah telah tetapkan dalam firmannya yang mafhumnya: “mereka tidak merasa takut dan tidak gundah gulana”. (Al-Baqarah: 38)
Selain itu juga, Rasulullah SAW bersabda, “Solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1. Daya penarik pada wajah
2. Teman di dalam kubur
3. Jalan turunnya rahmat Allah
4. Anak kunci ke syurga
5. Timbangan bagi neraca (amalan baik)
6. Jalan untuk mendapat keredhaan Allah
7. Harga bagi syurga
8. Naungan dari api neraka
9. Seseorang yang melengah-lengahkannya merosakkan islam
Huzaifah r.a juga berkata apabila Rasulullah menghadapi sesuatu kesulitan, lantas Baginda bersolat. Solat adalah satu rahmat yang besar dari Allah s.w.t bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat Allah s.w.t dan apabila rahmat Allah itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.
Kesihatan Fizikal
1. Seorang doktor perubatan daripada Indonesia, Profesor Dr. Mohd Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sample darah, hormon tekanan( stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sample diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud mampu untuk merawat barah.
2. Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Menurutnya terdapat beberapa urat saraf didalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh diwajibkan oleh Islam.
3. Dr Fatimah Ibrahim (2009) solat sebagai pengubat sakit pinggang: Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya
4. Dr Fatimah Ibrahim (2009) solat membantu merawat mati pucuk: Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.
5. Dr Fatimah Ibrahim (2009) menyatakan denyutan jantung paling baik ketika sujud: Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari
6. Dapatan Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas menyatakan otot akan menjadi lebih kuat. Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.
7. Menurut kajian Hembing, pergerakan salam yang terdapat dalam solat mempunyai manfaat besar kerana membantu kita menguatkan otot leher dan kepala. Setiap umat Islam pasti dapat merasainya kerana dengan melakukan salam, tubuh menjadi lebih segar,sendi-sendi dan otot menjadi lebih kendur dan otak juga mampu berfikir dengan tenang. Selain itu juga, ketika salam juga, pergerakan memalingkan kepala kekiri dan ke kanan akan menyebabkan urat di sebelah kiri mengerut dan urat sebelah kanan pula akan menjadi kuat akibat daripada kerutan. Pergerakan ini akan membantu kita menenangkan otot leher dan menyempurnakan saluran darah dikepala disamping mengurangkan sakit kepala dan menegangkan kulit wajah serta meningkatkan awet muda.
8. Selain itu juga, solat berupaya untuk menyeimbangkan tekanan darah terutamanya ketika berada pada tekanan yang rendah. menurut salah satu majalah yang terdapat di Jerman, hasil eksperimen telah dilakukan ke atas 155 orang yang berasal dari Amerika, berkulit hitam dan umur sekitar 25 tahun hingga 45 tahun dan hasil kajian menunjukkan bahawa tekanan darah mereka yang dikawal selama 24 jam adalah sangat normal. Hal ini demikian kerana mereka merupakan orang Islam yang sentiasa mengerjakan perintah agama iaitu solat.
Kesihatan psikologi
Selain daripada mendapat kesihatan fizikal, solat juga boleh menyumbang terhadap kesihatan psikologi kerana ketika melakukan solat, kita akan menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kita kepada Allah. Penyerahan diri kepada Allah membuatkan manusia berterusan berada dalam keadaan tenang dan tenteram. Dalam bidang psikologi, perkara ini telah dikenali dengan cara meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati kita. Hal in kerana untuk mengubati perasaan yang sedih dan berkecamuk adalah dengan cara meluahkan isi hati mereka terhadap orang yang dipercayainya. Sebagai contoh, jika kita mengadu tentang perasaan kita kepada mereka yang dipercayai, secara automatik perasaan sedih dan tidak tenteram akan hilang kerana kita menceritakan dengan tulus dan ikhlas. Begitulah juga dengan menunaikan solat di mana kita menceritakan tentang perasaan kita kepada Allah tanpa segan silu menyebabkan masalah kita semakin berkurangan dan rasa tenang mula menyelubingi diri kita.
Dengan bersolat, seseorang itu dapat memberikan ketenangan. Ketengangan terhadap jiwa seseorang. Maka tidaklah dengan keadaan fikiran yang gundah-gulana itu akan menyebabkan seseorang itu semakin tidak fokus kepada sembahyangnya, sepatutnya solat akan memberi ketenangan. Maka kita sepatutnya memutuskan hati dan pemikiran daripada perkara lain untuk sembahyang. Lupakanlah segala apa masalah yang anda timpa sekarang, lupakanlah sekejap, dan berikanlah masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk kita bersolat kerana Allah. Bukankah kita sebenarnya telah banyak memikirkan perkara dunia selain daripada masa kita bersolat ?
Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al- Bukhari dan Imam Al-Muslim yang maksudnya:
"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati."
Dari hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang ringkas tersebut dapatlah kita ertikan bahawa kebahagiaan itu akan dapat kita perolehi, sekiranya hati atau jiwa itu dijaga dengan sempurna. Sebaliknya jika hati atau jiwa itu tidak dijaga dan dipelihara dengan sebenar-benarnya, inilah yang akan mengakibatkan kehidupan seseorang itu tidak tenteram, sentiasa merasa resah gelisah dan akibat darinya akan mencetuskan beberapa penyakit jiwa yang membahayakan diri manusia itu sendiri. Misalnya penyakit putus asa, rasa rendah diri, dukacita yang berlanjutan dan berbagai-bagai penyakit.
Jenis-jenis penyakit yang telah disebutkan tadi adalah sangat terlarang, sebab Islam bukanlah agama yang lemah, tetapi Islam adalah agama yang mementingkan iman dan amal, keyakinan dan akidah-akidah yang teguh terhadap Allah Subhanahu Wata'ala. Lantaran itulah Islam sangat membenci kalau ada antara umatnya yang hanya mengeluh pada takdir semata-mata tanpa berusaha dan bekerja bagi mencapai sesuatu kejayaan. Selain itu juga, orang yang sentiasa menjalankan solat akan sentiasa berfikiran tenang. Buktinya, walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya gelombang alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan daya penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian. Secara tidak langsung, solat meransang kita untuk lebih berkeyakinan dalam memulakan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian. Jika diteliti, kenapa solat dilakukan sebanyak 5 kali sehari pada waktu yang berbeza? Hal ini demikian kerana dalam kehidupan seharian, manusia banyak terdedah kepada peristiwa yang boleh melemahkan tenaga dalamannya dan sekaligus telah menghilangkan keyakinan diri mereka contonhnya apabila mereka berada dalam keletihan. Dengan menjalankan solat, kita boleh memperbaiki semula semangat yang ada pada diri kita agar kita sentiasa bersemangat dan berkeyakinan sepanjang hari agar daya tumpuan kita tidak mudah goyah.
Buktinya, menurut profesor Akbar Husain dalam Islamic Psychology Emergence of a New Field, menyatakan solat lima waktu setiap hari mampu:
• Merehatkan minda
• Membantu meningkatkan tumpuan dalam pekerjaan
• Semangat yang kuat dalam kerja berkumpulan
• Dapat mengawal super ego untuk diseimbangkan dengan keadaan.
• Mampu mengawal kebimbangan dan tekanan
• Memelihara hubungan sosial yang baik
Kesihatan Emosi
Solat juga boleh meningkat kesihatan emosi seseorang individu. Jika dilihat kepada huraian yang terdapat pada kesihatan psikologi, ianya amat berkaitrapat dengan kesihatan emosi. Contohnya, jika kita mengerjakan solat dengan sempurna, kita dapat mewujudkan rasa tenang, yakin dan tenteram dalam diri kita. Dengan adanya perasaan sedemikian, secara tidak langsung ianya akan diluahkan melalui raut wajah kita. Secara tidak langsung, bila kita sentiasa tenang, kehidupan kita juga akan turut ceria dan emosi kita juga akan sentiasa stabil. Emosi yang stabil akan menyebabkan kehidupan kita bertambah harmoni dan sentiasa ceria serta gembira sepanjang hari.
Kesepian, kesedihan, keresahan dan kegelisahan yang telah menganggu emosi juga boleh dirawat melalui solat iaitu rasa tersebut akan terubat dan terasa nikmat apabila ianya diisi dengan solat. Mendekatkan diri dengan pencipta alam siang dan malam akan membuatkan kita merasa puas dan tekanan yang dipukul akan berkurangan. Dengan cara ini akan membuatkan kita lebih positif, dan menjadi seorang insan yang mampu menerima setiap kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada diri mereka serta dapat menstabilkan kembali emosi tersebut. Begitu juga apabila kita berada pada emosi marah, dengan berzikir didalam solat membuatkan hati kita lebih tenang dan sekaligus dapat menghilangkan rasa marah yang membelenggu diri.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan