Intervensi solat dalam kaunseling 2
Dicatat oleh
salmah salleh
, Sabtu, 15 Januari 2011 at 8:44 PTG, in
INTERVENSI SOLAT DALAM KAUNSELING ISLAM
Intervensi dalam kaunseling ialah merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. Oleh itu intervensi solat dalam kaunseling ialah merubah dan membuka pemikiran, perasaan, tingkah laku dan spiriual individu yang bermasalah dengan menggunakan konsep pendekatan solat berdasarkan hikmah dan kelebihan yang terdapat dalam solat. Intervensi solat ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan solat dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan kaunseling. Solat merupakan salah satu intervensi yang digunakan dalam kaunseling islam. Intervensi solat dalam kaunseling ini bukan sahaja dilihat pada gerakan fizikal solat tersebut tetapi juga dilihat melalui hikmah-hikmah solat yang telah ditemui oleh beberapa tokoh. Daripada kajian yang telah dilakukan intervensi solat ini bersesuaian dalam pembangunan rohani, fizikal dan psikologi.
Kamal Abd Manaf (1995) menyatakan solat merupakan penghulu kepada tiang agama dan tempat berlindungnya segala keyakinan. Solat juga penghulu segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua asal usul dan cabang-cabangnya (furuk) dapat dijadikan sebagai asas dalam pembentukan insan kamil. Solat juga mempunyai rahsia-rahsia kebatinan yang dapat menyuluh keindahan dan membina ketenteraman. Melalui solat, kita dapat membersihkan diri untuk mempelajari ketepatan masa, hidup berdisiplin dan membina kosentrasi.
Masalah-masalah yang bersesuaian dengan intervensi solat
A.Pemikiran
Pemikiran tidak rasional, menyalahkan diri sendiri, rendah diri, terlalu meninggi diri, tisak yakin dengan diri dan lain-lain.
B.Perasaan
Gelisah, tidak tenteram, tekanan melampau, marah, dendam, dan lain-lain
C.Tingkah laku
Tidak berdiplin
D.Kerohanian.
Riak, syirik, ragu-ragu
Aspek yang terdapat dalam intervensi solat
Aspk-aspek yang telibat dalam intervensi solat ini merupakan antara alternatif yang boleh digunakan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien.
1.Intervensi kognitif
Melalui intervensi ini kaunselor akan membantu klien membangunkan aspek pemikiran klien ataupun membantu klien membangunkan aspek kepercayaan dan pemahaman spiritual klien. Salah satu aspek pemikiran yang terdapat dalam solat ialah aspek akidah. Solat mampu meningkatkan keyakinan seseorang terhadap Allah dan Agama Islam. Intervensi ini juga sesuai bagi klien yang baru ingin berkenalan dengan Islam dan yang ingin berubah.
2.Intervensi afektif
Intervensi dalam aspek ini pula membantu meningkatkan kualiti spiritual, emosi dan perasaan mereka. Melalui solat kita akan dapat berhubung dengan Allah secara terus. Khusyuk dalam solat juga dapat mengimbangi emosi dan perasaan kita agar tidak menjadi negatif dan sentiasa tenang. Kita akan dapat mengawal emosi agar tidak memperngaruhi kehidupan kita.
3.Intervensi tingkah laku
Intervensi solat dalam tingkah laku digunakan bagi mengubah amalan dan gaya hidup mereka. Solat membantu manusia mendisiplinkan diri dan membantu manusia membina peribadi agung. Selain itu, ia juga berperanan dalam meningkatkan penampilan diri sebagai seorang muslim dan membantu mengatur kehidupan agar lebih afektif dan sihat.
Bagaimana intervensi ini diaplikasikan dalam kaunseling
• Menyesuaikan aspek intervensi solat dengan masalah klien
• Memberi penerangan terhadap klien tentang kelebihan solat dalam mengatasi masalh yang dihidapinya.
• Memberi tahu klien tentang hikmah-hikmah yang terdapat dalam solat.
• Melalui kaunseling induvidu dan kelompok
• Melalui program dan aktiviti.
INTERVENSI SOLAT DALAM KEHIDUPAN BERDASARKAN ISU
Isu 1: solat dapat menangani stres
Dunia pekerjaan banyak memberi tekanan kepada setiap individu dan memberi kesan yang buruk dalam kehidupan seharian. Tekanan disebabkan interaksi kompleks anatara persekitaran kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang yang sekaligus memberi tekanan tertentu yang merangsang tindakbalas individu secara mental dan fizikal. Contohnya hubungan dengan rakan sekerja, ketua yang suka menengking, suasana kerja yang negatif dan banyak lagi sehingga ianya memberi impak kepada psikologi dan fisiologi individu. Sekiranya tekanan ini tidak dikawal dengan baik, ia akan menyebabkan banyak perkara negatif yang mengganggu kehidupan seseorang itu seperti rasa terganggu, lesu, gelisah, rasa bersalah,takut serta hilang tumpuan terhadap kerja yang dijalankan.
Selain itu juga, impak negatif juga menyebabkan ada individu yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan tekanan mereka iaitu dengan cara ponteng kerja, meminum arak, pertengkaran dengan pasangan, mendera anak dan banyak lagi. Dengan melepaskan tekanan mereka dengan cara tersebut menyebabkan mereka berasa puas. Namun, ianya bukanlah menyelesaikan masalah tetapi semakin bertambah masalah mereka. Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan dalam hidup dengan cara merapatkan diri serta mengeratkan hubungn kita dengan Pencipta kita iaitu melalui solat dengan cara menjalankan solat 5 waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Menurut kajian pakar psikologi barat, mereka mengakui bahawa solat banyak memainkan peranan penting dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat juga, secara saintifiknya solat merupakan satu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang berfokus kepada sesuatu iaitu Allah s.w.t. Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Neropinephrine daripada kalenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Selain itu juga, solat merupakan intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung serta gelombang otak.
Selain itu juga, dengan mendirikan solat 5 waktu dan dilengkap dengan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran seperti Firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah ayat 153 yang bermaksud:
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai menolong orang yang sabar”
Amalan berzikir dan bertasmid yang terdapat dalam solat dapat menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah dalam surah ara Radh ayat 28 maksudnya : “ orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Dan ketahuilah bahawa zikrullah itu tenangtenteramlah hati manusia.”
Selain itu juga solat boleh menghilang tekanan dalam diri seseorang dengan cara mendengar, membaca dan menghayati ayat-ayat Quran serta setiap apa yang kita baca setiap kali kita mendirikan solat kerana Al-Quran adalah penawar kepada kesaktian minda ( riwayat Bukhari). Membaca Al-Quran dapat memberi ketenangan kepada individu bila dihayati dan difahami dan dengan syarat kita mestilah khusyuk dan istiqamah dalam mendirikan solat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan