WEB BLOG
this site the web

Keajaiban perkataan



Hari tu terbaca tentang sesuatu artikel berkaitan dengan kalau. Kalau adalah perkataan yang sering disebut dan diungkap oleh seseorang apabila terlepas sesuatu peluang ataupun mengimpikan sesuatu. Menurut Islam dalam koleksi soal jawab agama, kalau itu dibahgikan kepada 2 bahagian, iaitu yang diharamkan dan yang dibolehkan. Seperti berikut:

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.
penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”
kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan?
kerana:
1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.

Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.
sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
-Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”
-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”


Dan sekarang daripada sudut psikologi pula, amat simple utk menjadikan perkara 'kalau' tersebut kepada sesuatu yang sangat 'power'...perkara yang perlu dilakukan ialah menukarkan perkataan kalau kepada MESTI, dan anda akan nampak keajaibannya..saya pernah mencubanya beberapa kali, dan hasilnya memang dapat dirasai. ketika kita ingin menyebut perkataan kalau tersebut, set kan di minda untuk menukarkannya kepada MESTI..sebagai mana kita menyebut 'kalau' dengan penuh penghayatan dan sentimental, begitu juga kita lakukan semasa menyebut perkataan MESTI..dan anda akan dapat ia bertukar kepada satu bentuk semangat yang berkobar-kobar dan tinggi.

contoh: "kalaulah saya jadi orang kaya, saya mesti dapat membeli kereta yang mewah dan membuat rumah yang besar dan cantik"

dan apabila ditukarkan..

"saya mesti menjadi seorang yang kaya, saya akan dapat membeli kereta yang mewah dan membuat rumah yang besar dan cantik!"

selamat mencuba.

salmah salleh
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies

Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design