Terima kasih
Dicatat oleh
salmah salleh
, Khamis, 28 Julai 2011 at 9:18 PTG, in
Sebenarnya, masalah merupakan peluang untuk membuatkan diri kita menjadi kuat..
Berterima kasihlah kepada orang yang telah menyusahkan dan mengecewakan kita,
Kerana dia telah melatih kegigihan hati kita..
Berterima kasihlah kepada orang yang telah menipu kita,
Kerana dia telah menambah pengalaman kita.
Berterima kasihlah kepada orang yang telah mengejar kita
Kerana dia telah membuatkan kita berlari sangat kencang,
melebihi kelajuan normal kita..
Berterima kasihlah kepada Orang yang telah menjatuhkan kita,
kerana dia telah menguatkan Kemampuan kita..
Berterima kasihlah kepada orang yang telah memarahi kita,
Kerana dia telah membantu menumbuhkan Ketenangan & Kebijaksanaan kita..
Berterima kasihlah kepada semua orang yang telah membuat kita kuat, tabah & berjaya.
sumber: akuislam.blogspot
Nilai tudung seorang wanita
Dicatat oleh
salmah salleh
, at 9:09 PTG, in
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Artikel Wanita Cinta ini telah dikirimkan oleh anai di Forum Tentang Cinta.
sumber: www.tentangcinta.com
kisah cinta pohon epal
Dicatat oleh
salmah salleh
, Ahad, 24 Julai 2011 at 6:01 PTG, in
Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.
Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.
Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”
Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.
Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.
Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.
Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”
Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.
Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..
Sumber: Kisah Cinta Pohon Epal.. | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/kisah-cinta-pohon-epal/#ixzz1T4gJ4q60
kasut buruk dan pelajar itu
Dicatat oleh
salmah salleh
, Rabu, 6 Julai 2011 at 6:01 PTG, in
Sapaan pelajar di sekolah adalah nyanyian indah bagi seorang guru. Teringat kisah seorang pelajar yang sering kali menyapaku ketika di sekolah, terkedek-kedek berlari semata-mata ingin bersalaman denganku. Mukanya yang ceria tidak kira di mana pengubat jiwa yang letih. Setelah sekian lama pemandangan indah itu menyapa hariku, sampaila pada suatu hari aku sengaja membuang masa menganalisis pelajar dengan melihat kasut sekolah setiap mereka yang lalu di hadapanku. Ada yang kotor, ada yang bersih, ada yang bertali terikat kemas, ada yang bertali dan berjuntaian.
Tibalah kepada pelajar tersebut yang berlari seperti biasa untuk bersalam denganku walaupun matahari sudah berada di atas kepala. Aku memandang kasutnya seperti yang lain, lama mataku terpaku..kasut itu lagi seinci bercerai dengan tapaknya, gayanya ibarat bawang yang di tumbuk sedikit halus, hampir tidak boleh dikatakan sebagai kasut sekolah. Namun wajahnya tetap ada setiap hari terpacak di hadapan barisan perhimpunan, tidak lewat dan tidak lambat. Sewaktu membelek-belek fail pelajar, ternampak la fail pelajar tu...pendapatan penjaga kurang daripada RM400. Air mataku bergenang..macam-macam perasaan dalam diri...dalam diri mula tersemat untuk terus berjuang sebagai pendidik, bukan hanya memberi apa yang termampu tapi ingin membantu segala yang termampu selagi diizinkan oleh Allah..biarlah yang lahir nanti mampu membela diri dan keluarganya serta orang yang disayangi.
Tibalah kepada pelajar tersebut yang berlari seperti biasa untuk bersalam denganku walaupun matahari sudah berada di atas kepala. Aku memandang kasutnya seperti yang lain, lama mataku terpaku..kasut itu lagi seinci bercerai dengan tapaknya, gayanya ibarat bawang yang di tumbuk sedikit halus, hampir tidak boleh dikatakan sebagai kasut sekolah. Namun wajahnya tetap ada setiap hari terpacak di hadapan barisan perhimpunan, tidak lewat dan tidak lambat. Sewaktu membelek-belek fail pelajar, ternampak la fail pelajar tu...pendapatan penjaga kurang daripada RM400. Air mataku bergenang..macam-macam perasaan dalam diri...dalam diri mula tersemat untuk terus berjuang sebagai pendidik, bukan hanya memberi apa yang termampu tapi ingin membantu segala yang termampu selagi diizinkan oleh Allah..biarlah yang lahir nanti mampu membela diri dan keluarganya serta orang yang disayangi.
SMK Raja Perempuan Kelsom
Dicatat oleh
salmah salleh
, Isnin, 4 Julai 2011 at 6:06 PTG, in
SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar - pada bulan mei lalu bermula la catatan diary hidupku sebagai guru praktikum di SMKRPK. sekolah yang terletak di pekan Kuala kangsar atau Bandar Di Raja. Terletak indah nun di atas bukit, bercirikan rekaan inggeris yang penuh dengan sejarah. Di sekitarnya pula terdapat banyak pusat pelancongan, hanya masa yang tidak mengizinkan. Bulan pertama, hanya memerhati keadaan sekitar untuk memulakan misi sebagai kaunselor pelatih. Dan tanpa sedar kini sudah hampir 3 bulan menumpang kasih menadah ilmu di SMKRPK. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuma berlaku masalah kesihatan yang adakalanya mengganggu tugasan. Semoga niatku kerana Allah tetap utuh dalam menabur bakti.
SMKRPK merupakan sekolah yang aktif dalam pelbagai program yang melibatkan aktiviti dalaman sekolah mahupun aktiviti luaran. Warganya komited terhadap kerja, dan pelajar juga cukup baik dalam memberikan kerjasama. Mungkin ada satu dua kes yang dilihat sebagai bermasalah, namun itu hanyalah kenakalan kecil berbanding dengan masalah di luar sana. Cuma, ia perlu ditangani supaya tidak menjadi duri. Misi kaunselor........menjadikan pelajar gembira dan bahagia dalam menjalani kehidupan harian dan hidup dalam suasana yang memberi mereka keseronokan semasa alam remaja berlandaskan gaya hidup sihat dan positif. Senyuman kegembiraan pelajar adalah pengubat hati bagi seorang kaunselor. Sapaan mereka, menjadi penguat diri dan tingkah mereka yang berubah ke arah positif merupakan asas perjuangan kami kerana kaunseling memandang manusia sebagai insan yang mempunyai potensi tersendiri. Semoga saya terus tabah dalam perjuangan ini....
SMKRPK merupakan sekolah yang aktif dalam pelbagai program yang melibatkan aktiviti dalaman sekolah mahupun aktiviti luaran. Warganya komited terhadap kerja, dan pelajar juga cukup baik dalam memberikan kerjasama. Mungkin ada satu dua kes yang dilihat sebagai bermasalah, namun itu hanyalah kenakalan kecil berbanding dengan masalah di luar sana. Cuma, ia perlu ditangani supaya tidak menjadi duri. Misi kaunselor........menjadikan pelajar gembira dan bahagia dalam menjalani kehidupan harian dan hidup dalam suasana yang memberi mereka keseronokan semasa alam remaja berlandaskan gaya hidup sihat dan positif. Senyuman kegembiraan pelajar adalah pengubat hati bagi seorang kaunselor. Sapaan mereka, menjadi penguat diri dan tingkah mereka yang berubah ke arah positif merupakan asas perjuangan kami kerana kaunseling memandang manusia sebagai insan yang mempunyai potensi tersendiri. Semoga saya terus tabah dalam perjuangan ini....
Langgan:
Catatan (Atom)