WEB BLOG
this site the web

LIFE drama buli yang member banyak pengajaran








Hujung tahun lalu, saya telah menghabiskan 11 episod drama yang bertajuk LIFE. Drama Jepun yang bertemakan buli di sekolah. Pembuli utama adalah seorang pelajar wanita yang cukup 'menakutkan' kerana kita tidak akan dapat menjangka apa yang akan dilakukannya berdasarkan daripada apa yang ditunjukkannya. DAn rancangan yang dibuatnya membuatkan kita terkedu dan tidak menyangka sehingga begitu sekali buli senyap yang dilakukannya.

Jepun merupakan sebuah Negara yang mengalami masalah serius dalam kes buli di sekolah. Menurut Kaori, Motonori Tsuchiya dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Moden Jepun menyatakan kes buli (ijime) telah lama wujud sebagai sebahagian dari hubungan antara satu sama lain di kalangan remaja peringkat umur bersekolah di Jepun, seperti dalam banyak masyarakat lain. Gelombang pertama adalah pada 1986, apabila seorang pelajar sekolah membunuh diri dan meninggalkan nota yang menyatakan beliau tidak tahan lagi kerana dibuli di sekolah. Gelombang kedua bermula pada tahun 1994. Dalam tempoh 18 bulan, sebelas kes bunuh diri dilaporkan (katsuma 1995). Ahli psikiatri mendapati laporan mdia mengenai kes bunuh diri akibat pembulian menggalakkan remaja lain untuk mengambil langkah yang sama (Inamura 1995:45).

Menurutnya lagi, jenis pembulian yang paling meluas adalah “mengusik’, ugutan lisan dan pemulauan, diikuti oleh keganasan. Hal ini mrupakan aspek yang paling ditekankan dalam drama tersebut. Buli bermua daripada lisan dan dianggap ringan sahaja, namun pendaman terhadap buli lisan tadi telah menimbulkan keganasan demi keganasan dari hari ke hari.


Synopsis drama tersebut
Cerita berkaitan dengan kes buli di sebuah sekolah yang pada awalnya dianggap ringan dan akhirnya bertukar besar hingga membabitkan kseluruhan warga sekolah. (nanti saya akan ceritakan lebih lanjut lagi) atau boleh ditonton di link ini:

LIFE drama

Jenis buli dalam drama tersebut:
1. Terhadap rakan
2. Terhadap guru
3. Terhadap anak


Cara buli
1. Lisan
•Ugutan

2. Bukan lisan
•pemulauan

3. Buli fizikal


Punca buli (dalam drama tersebut)

Terdapat 3 punca utama yang terdapat dalam drama tersebut

1. Secara terangnya kita dapat melihat buli tersebut berpunca daripada masalah ‘gang’ atau ‘berpuak-puak’ di sekolah. Masalah gang yang serius ini menimbulkan rasa bangga, rasa hebat, berkuasa dan berani dalam kalangan mereka. Watak utama pembuli dalam drama ini ialah Anzai seorang pelajar yang dilahirkan dalam keluarga kaya dan sangat sukar untuk diduga. Mempunyai dua orang lagi sahabat karib. Menjadi impian bagi setiap pelajar perempuan di sekolah tersebut untuk menjadi ahli gang mereka kerana kagum dan berminat terhadap gang tersebut yang menjadi perhatian ramai dan sangat terkenal di sekolah. Hal ini menjadikan mereka semakin lama semakin berani bertindak di luar kawalan yang pada mulanya mereka menganggap ia sebagai gurauan sahaja. Masalah gang ini akan menimbulkan jurang perbezaan yang sangat ketara dalam kalangan mereka sehingga secara tidak langsungnya ia akan melahirkan dua puak yang menunjukkan puak yang berkuasa dan puak yang lemah.


2. Guru / Pihak sekolah

Dalam drama ini pihak sekolah dan guru merupakan factor yang menyebabkan kegiatan buli tersebut semakin berleluasa. Sikap guru yang kurang memberi perhatian terhadap masalah gang atau masalah berpuak-puak tersebut telah mnyebabkan ia semakin lama semakin berleluasa. Selain itu, tekanan yang terlalu banyak daripada pihak tertinggi yang lebih suka memarahi tanpa mahu memahami masalah sesorang guru telah menyababkan guru tersbut bersikap tidak tahu dengan masalah buli yang terjadi di kelasnya kerana tidak mahu menambahkan lagi beban kerjanya. Guru tersebut bersikap lepas pandang dan dasar berkecuali kerana baginya perkara tersebut hanyalah kenakalan biasa pelajar dan banyak lagi perkara yang perlu dilakukannya (tugas-tugas guru yang perlu dilaksanakan)


3. Ibu bapa (ulasan ini dibuat dari sudut pelajar sekolah iaitu remaja)

Terlalu memaksa
Katsumi seorang remaja lelaki yang telah mengalami masalah mental kerana sikap ayahnya yang tidak bertindak sepatutnya mengikut konteks hidupnya sebagai remaja yang perlu lebih banyak bersikap demokrasi. Saya menyatakan sedemikian kerana sikap ayah katsumi yang akan memukul atau menderanya tiap kali katsumi melakukan kesalahan. Katsumi yang terkenal sebagai pelajar lelaki yang paling macho dan hebat disekolahnya kerana sangat cemerlang dalam akademik sebenarnya menjadi ibarat tikus di rumahnya kerana sikap seorang ayah yang terlalu keras terhadapnya. Dia pernah dipukul sehingga lemah kerana keputusannya yang jatuh di tempat kedua antara keseluruhan pelajar tingkatannya.

Memanjakan
Watak ini pula dipegang oleh ayah kepada pembuli utama. Seorang yang kaya dan memiliki bahagian yang paling banyak dalam sekolah. Seringkali meninggalkan anaknya, Anzai seorang diri di rumah dan akan memenuhi semua keinginannya. Ayahnya beranggapan dengan member sepenuh kemewahan dan kebebasan kepada Anzai merupakan kebahagian baginya. Namun, punca utama Anzai bertindak sebagai seorang yang pada awalnya hanya mengusik teman-temannya ialah kesunyian. Rumah sebesar istana namun hanya ada dia dan beberapa orang gaji. Dia berasa amat sunyi dan mendapat keseronokan dalam hidup apabila dia dapat mengusik teman-temannya.

Bersikap tidak peduli
Watak ini pula dipegang oleh ibu kepada Ayumi, pelajar yang paling teruk dibuli dalam hal ini. Setelah dia dipulau oleh Anzai dan gang-gangnya, Ayumi melihat ibunya adalah satu-satunya tempat untuknya meluahkan masalah. Namun sikap ibunya yan menganggap dirinya sebagai pelajar yang suka beralasan dan lemah telah menyebabkan Ayumi semakin tertekan. Dia juga sering dibandingkan dengan adiknya secara berlebihan. Ketika dia hampir dirogol, ibunya seakan-akan memperlihatkan wajah tidak bersedia untuk mendengar luahan masalah dan malas untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Ayumi. Akhirnya ayumi memendamkan sahaja masalahnya hinggalah dia pernah untuk membunuh diri.

Perkara penting yang amat menarik bagi saya dalam hal ini ialah buli yang bermula dari bukan lisan iaitu pemulauan (mengasingkan mereka yang dianggap tidak dapat memenuhi permintaan kelompok mreka) . Saya juga pernah menjadi seorang remaja sekolah dan perkara inilah yang banyak berlaku dalam sekolah. Sesiapa yang tidak dapat memenuhi keperluan atau permintaan dalam sesuatu puak atau gang maka dia akan dipulaukan. Murid yang dipulaukan akan rasa dirinya sangat terasing dan hilang kekuatan untuk meneruskan kehidupannya dalam lingkungan sekolah. Rasa sangat terhina dan rasa diri kelihatan amat bodoh di mata teman-temanya. Oleh itu, kebanyakkan pelajar lebih sanggup untuk bertindak tanpa berfikir kerana takut dipulaukan dan terpaksa mengikut rentak rakan-rakannya secara terpaksa hinggalah menjadi cara hidupnya.

Apa yang dapat diperhatikan perkara ini banyak berlaku di asrama. Jika difikirkan, ruang asrama hanyalah terdiri daripada komuniti-komuniti yang kecil sahaja, iaitu pelajar dan warden. Jika pelajar tersebut mengalami pemualauan dia akan kehilangan rakan-rakan yang berperanan sebagai teman yang paling rapat dengannya, tempat mengadu, tempat meluangkan masanya, bercerita itu ini………………..kepada siapa lagi dia hendak mengadu masalahnya, apatah lagi jika warden tersebut kurang memberikan perhatian terhadap pelajarnya.

Dan satu yang perlu dilihat juga, adalah sikap si pemulau. Mereka yang memulau biasanya akan rasa seronok bila yang dipulau berasa lemah dan kelihatan sebagai “ugly duck” terasing dan kelihatan bodoh. Dan akan merasa geram dan sakit hati apabila yang dipulau tidak memberikan reaksi seperti yang dimahukan iaitu bersikap tidak kisah dan tidak ambil peduli, hidup tetap berjalan sperti biasa, dan ini pula ialah kepuasan bagi yang dipulau. Hal ini akan membawa kepada tindakan yang lebih agresif oleh c pemulau, dan berlakulah buli yang ‘tidak dirancang dan sengaja’ tanpa mereka sedari.

Oleh itu, kita pun tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimahukan oleh c pembuli tersebut? Bagi saya hasil daripada menonton drama tersebut perkara yang diinginkan oleh pembuli adalah PERHATIAN. Ya, dia inginkan perhatian. Kenapa perhatian? Kerana kesunyian hidup kerana sering diabaikan. Hilang tempat untuknya meluahkan kecelaruan yang terpaksa diharunginya dalam hidup dan dia pun mula membuat jalan hidupnya sendiri tanpa bimbingan dan hanya berdasarkan perasaannya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

uhui

Catat Ulasan

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies

Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design