Empathy Batch dan En Ab Aziz Yatim
Dicatat oleh
salmah salleh
, Rabu, 15 Disember 2010 at 4:38 PG, in
Alhamdulillah.....semester 5 sudah pun berlalu dengan penuh kisah kehidupan.., namun perjuangan tidak terhenti di sini...kerana perjuangan kami sebagai bakal kaunselor sebenarnya baru bermula. Di bawah subjek Pengurusan dan Konsultasi Sekolah yang telah dipegang oleh En Ab Aziz Yatim, pensyarah kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris kami telah dilatih selama beberapa bulan untuk 'menyerang' sekolah-sekolah berhampiran UPSI bagi melaksanakan program-program motivasi.
Melalui subjek ini, kami telah diberi beberapa tugasan dan dihantar ke beberapa sekolah mengikut kumpulan untuk merasai sendiri cabaran-cabaran sebagai kaunselor dalam bidang pendidikan dan bagaimana cara mendekati pelajar mengikur kewajaran semasa. Aspek pertama ialah persediaan, di mana kami perlu bersedia dari segi emosi, fizikal, pengalaman, pengetahuan, kemahiran sebagai kaunselor dan lain-lain lagi. Dalam aspek persediaan ini, cabaran paling sukar bagi kami ialah pengurusan. kami perlu mencari sekolah dengan usaha kami sendiri, berbincang secara profesional dengan mereka yang lebih berpengatahuan dan menyediakan kumpulan kami sebagai konsultan sebenar dari segi pengurusan, pengendalian dan penyediaan. Memang agak sukar untuk mencari sekolah bagi kami melaksanakn program, masalah dari segi masa, penerimaan dan kos.
Program-program dibuat perlu dijalankan sebelum hari raya aidilfitri, oleh itu terdapat juga beberapa kumpulan yang terpaksa menjalankan program pada bulan puasa, termasuklah kumpulan saya. Sewaktu melaksanakan program ini banyak perkara yang perlu kami tempuhi contohnya pengangkutan ke tapak program. Ada yang hanya menaiki bas awam, kereta api, sewa kereta dan ada juga yang berjaya mendapatkan bantuan bas daripada universiti. Bagi kami, penginapan dan makanan bukanlah masalah besar. Cukup sekadar ada dan boleh didiami. Ada juga beberapa kumpulan yang hanya tidur di kelas atau pejabat sekolah tanpa tilam dan bantal, beratur bersama peserta untuk mandi dan menggunakan tandas. Sebelum program bermula, kami selalu berbincang secara tidak formal sesama rakan sekelas...cukup bagi kami, kami diterima untuk melaksanakan program, peserta mempunyai penginapan dan makanan, dan jika kami terpaksa menyediakan makanan sendiri pun kami sanggup waktu itu. Namun ada juga beberapa pihak yang meminta kami mencari sponsor makanan untuk sekolah...dan kami terpaksa menolak kerana itu diluar tanggunggjawab kami.
Kami telah diminta untuk melihat dan mencatat apa-apa yang berlaku sepanjang pegurusan program ini daripada saat pertama berhubung hinggalah kami memutuskan hubungan secara profesional dengan pihak konsultee. Permasalahan-permasalan itu akan dibincangkan bersama 103 orang lagi rakan-rakan yang lain bersama dengan En. Aziz. Seperti kata en Aziz, jika kumpulan kami ada 11 kumpulan ibarat kami menjalankan 11 program kerana setiap satu akan membentangkan laporan dan berkongsi apa yang telah berlaku sama ada daripada pihak sekolah, guru-guru, peserta dan mereka yang membantu secara tidak rasmi seperti mak cik dewan makan, pak guard, dan tukang kebun. En. Aziz menekankan yang setiap kumpulan perlu menyiapkan laporan, montaj dan beberapa bahan lain untuk diserahkan kepada pihak sekolah sebelum kami balik. Alhamdulillah semua kumpulan dapat menyiapkan laporan dan beberapa bahan lain sebaik sahaja program berakhir untuk diserahkan kepada pihak sekolah.
Kepuasan pelanggan juga merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan...kami diminta untuk membuat soal selidik tentang program yang dijalankan. Daripada laporan setiap kumpulan yang dibentangkan, hampir 90 % peserta dan konsultee berpuas hati dan menyatakan yang program tersebut berjaya dan menyeronokkan.
Berikut merupakan produk En. Ab Aziz Yatim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan