WEB BLOG
this site the web

Bertenang lebih baik dari tertekan



artikel drpd iMotivasi
penulis: Shueqry

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.
Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.

Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.

Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.

Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.

Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita ‘immune’ dari stress.

Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.

Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

Hidup ini satu pertaruhan

Hidup ini satu pertaruhan,
Yang perlu membuat pelbagai pilihan,
Pilihan yang memerlukan keberanian,
Untuk menerima setiap kenyataan,

Jika kenyataan memeritkan,
Kita mula menyalahkan pilihan,
Yang akhirnya tercipta lagi satu kesalahan,
Kenapa tidak kita jadikan iktibar,
Sebagai pengajaran daripada kegagalan,

Walau apapun kenyataan,
kita perlu membuat pilihan,
Buatlah sehabis baik walaupun ia menyakitkan,
Daripada menanggung di kemudian,

Pilihan ini kita tentukan kerana
kita tahu sebab dan alasan,
Orang lain boleh pertikaikan sebagai pembetulan,
Tapi tak layak pandang sinis kesian,

Teruskan juang usaha,
Jika kita tahu Dia bersama,
Setelah kita serahkan sepenuhnya,
Hidup kerana DIa,
Bukan kata-kata....

artikel 1

Hari ini selepas mengikuti kuliah pertama daripada Dr.Malek terasa bagai ada sesuatu yang mula timbul dalam diri...satu persoalan tentang kepentingan masa..Dr.Malek selalu menyebut tentang perkara sia-sia yang menyebabkan kita banyak terhenti membuang masa..

"Sekarang ni, banyak perkara yang perlu kita fikirkan berbanding memikirkan perkara yang tidak sepatutnya"

antara lain menurutnya...kita leka memerhati dan mengata kejelikkan orang lain sedangkan ia tidak sekalipun memberi apa-apa makna dalam kehidupan melainkan mendapat kerugian di sisi Tuhan...perkara yang sepatutnya difikirkan hilang kerana leka memikirkan perkara yang tiada hubungkait pun dalam kehidupan...

Hidup ini singkat untuk kita lalui dan mengumpul pengalaman..berapa banyak masa kita yang terbuang hanya untuk membenci orang, betapa banyak masa yang terbuang hanya untuk mentertawakan kesilapan orang lain, dan betapa banyak masa yang terbazir akibat kemarahan...kita leka memikirkan kemarahan kita yang berapi-api terhadap orang lain tanpa memikirkan yang orang kita juga pernah membuat orang marah, kita leka mentertawakan kesilapan orang lain tanpa menggunakan masa tersebut untuk membetulkan kesilapan sendiri...kita leka mengata orang tanpa memikirkan tanggungjawab kita yang tertinggal dan banyak cacat cela..

apa salahnya kita gunakan masa yang ada untuk merebut sebanyak-banyaknya pengalaman hidup yang berharga, mengutip ilmu dari pelbagai sumber untuk memajukan diri...apa salahnya kita menghulurkan kemaafan tiap-tiap kesalahan agar masa kita tidak terbuang untuk membenci dan memikirkan tentang kesilapan orang lain terhadap kita yang entah disengajakan atau tidak...gunakanlah masa yang ada ini untuk berbakti dan diisi dengan pelbagai pahit panis sebuah perjuangan kehidupan dan mengumpul ilmu Tuhan yang betaburan di sana-sini...

bagaimana ingin memenuhkan masa yang singkat ini?...sibukkanlah dirimu dengan menimba ilmu tentang dunia dan akhirat... di dunia ini selain mengutip ilmu buat panduan kehidupan, kita juga perlu berbakti kepada diri sendiri dan masyarakat...saling bantu-membantu dengan ikhlas...kita perlu sntiasa menyedarkan diri akan hakikat tanggungjawab kita terhadap diri dan orang lain...kita ikhlaskan diri kerana Allah...kita diberikan ilmu untuk membantu bukannya berdiri gah seorang diri, tapi memimpin mereka yang memerlukan bersama-sama..

kita juga jangan pernah lupa untuk menimba amal untuk bekalan di akhirat...biasakan diri melaksanakan tugas dengan 'membawa Allah bersama'...'membawa Allah bersama' ialah amal ma'ruf nahi mungkar...tunaikan perintah Allah dan hindari larangan Allah...setiap detik kita berfikir sematkan DIA dalam diri...bila ingin meminta sesuatu pintahlah dariNYA terlebih dahulu..

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi: Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

bila diri terasa lemah pula pintalah kekuatan dariNYA..bukan hanya tahu menyalahkan takdir tanpa mahu untuk berusaha mengubah atau memperbaikinya...dan sekali lagi masa kita terbuang jika hanya duduk merenung kegagalan tanpa mahu bergerak walaupun hanya sebatang jari...

DOA KETIKA DALAM KESUSAHAN

لاَ إِلَهَ إِلاَ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

renungkanlah jika kita menggunakan 4 jam sehari hanya untuk bertengkar atau merungut tentang orang yang membuat kita marah, berapa banyakkah masa yang kita telah 'korbankan' dalam usia 30 tahun hanya untuk bertengkar...seperti kata DR.Malek...maafkan sahaja orang tersebut, jimat masa...x payah nak fikir banyak2 lagi...sebab kita masih banyak perkara yang perlu dfikirkan...
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies

Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design