WEB BLOG
this site the web

Jurutera awam

Jurutera Awam
Jurutera awam bertanggungjawab untuk merekabentuk dan menyelia pembinaan jalan, lapangan terbang, terowong, jambatan, pembekalan air dan sistem pembentungan serta bangunan. Jurutera awam menggunakan teknologi yang canggih dan konsep terkini dalam rekabentuk berbantu komputer dalam kerja-kerja rekabentuk, pembinaan, penjadualan projek dan kawalan kos.


Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,000 - 5,500
Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000


Tahap Pendidikan

DLKM Tahap 5
Ijazah Kejuruteraan Awam


Contoh Institusi

Universiti Teknologi Malaysia
Kolej Tunku Abdul Rahman
Universiti Malaysia Sabah
Institut Teknologi Tun Hussein Onn
Universiti Teknologi Mara
ADTEC
Universiti Malaya
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia


Senarai Tugas

Mengekalkan hubungan baik dan perundingan teknikal dengan pakar lain yang berkaitan.

Mentadbir kontrak dan mengesahkan pembinaan siap dengan memuaskan

Mengkaji dan memberikan nasihat dari aspek teknologi bahan/proses tertentu atau sistem yang berkaitan dengan kerja kejuruteraan awam

Mengelola dan mengarah buruh tapak dan menghantar bahan pembinaan, loji, dan kelengkapan yang diperlukan untuk projek pembinaan

Menetapkan sistem kawalan untuk memastikan struktur berfungsi dengan cekap termasuk keselamatan dan perlindungan alam sekita

Menentukan dan mengkhususkan kaedah pembinaan, bahan dan standard kualiti, dan mengarahkan kerja pembinaan

Memberikan nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, dok, jalan raya, lapangan terbang, landasan kereta api, saluran paip, pelupusan sampah, dan sistem kawalan banjir serta bangunan industri dan bangunan besar lain

Menjalankan penyelidikan, membangunkan kaedah baru tentang kejuruteraan awam

Jurutera Marin

Jurutera Marin

Jurutera Marin bertanggungjawab ke atas pengurusan, operasi dan penyelenggaraan kapal. Mereka bertugas dalam bidang binaan kapal, bidang penyelidikan maritim, merekabentuk kapal, pembaikan kapal, pemeriksaan dan pemeliharaan kapal, bidang akademik, perundingan atau kerja penyiasatan maritim dan beberapa bidang yang berkaitan dengan maritim.



Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :
Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 – 2,800.00


Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan/setaraf

Contoh Institusi

Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan


Senarai Tugas

Menyelenggara, mengawasi dan mengurus limbungan pelabuhan dan perkapalan

Merekabentuk dan mengurus kapal serta yang berkaitan dengannya

Membuat pemeriksaan pada meter dan alat pembaca yang terdapat pada panel kawalan di dalam bilik kawalan

Bertanggungjawab ke atas operasi dan penyelenggaraan mesin janakuasa kapal dan

Memastikan sistem utama kapal atau enjin beroperasi dengan baik.
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies

Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design