WEB BLOG
this site the web

7 perkara yang membuat anda bermotivasi di waktu pagi



sumber: iLuvislam (En. Shukri Abdullah)

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.

Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Raya tahun ni

Setelah dua tahun beraya diperantauan, akhirnya saya kembali beraya di kampung halaman yang tercinta..perasaan sungguh teruja bermula seawal puasa yang pertama...2 tahun tidak beraya di kampung sendri bagai sudah lama tidak menyambut hari raya...namun sepanjang 2 tahun itu juga saya mengutip penglaman yang akan disimpan sehingga ke akhir hayat...nasib perantau sebagai pencari ilmu...pelajaran bukan hanya dikutip daripada ilmu pengetahuan yang disampaikan tapi juga melalui pengalaman semasa perjalanan mencarinya..

Sepanjang 2 tahun beraya diperantauan saya dipertemukan dengan 2 buah keluarga yang sudi membenarkan saya menumpang kasih di Aidilfitri...raya semester pertama saya telah beraya di Pulau Pinang iaitu rumah rakan saya Noraini Ahmad....keluarga ini banyak mengajar saya berdikari berada di tengah situasi yang serba baru..layanan santai yang membuatkan saya selesa dan bleh mengikuti setiap aktiviti tanpa berasa kekok...mak Aini merupakan seorang peniaga gigih yang berjaya mengeksport pelbagai jenis kerepek di sekitar Pulau Pinang...setiap kali hendak menyediakan juadah dia pasti akan mengajak saya untuk turut serta memasak sambil menerangkan resepi2 daripada Pulau Pinang....di Hari Raya saya telah menyertai robmbongan keluarga aini beraya di sekitar Pulau Pinang sebagai 'anak angkat tak rasmi"..hu3..boleh katakan semua rumah saudara mara dikunjungi..namun saya tidak pernah tersisih kerana layanan daripada keluarga Aini...hanya terima kasih dan doa yang dapat diberikan...

Raya seterusnya saya beraya di Parit Buntar Perak di rumah my classmate Suriyani Othman...sebenarnya saya ingin mengetahui bgaimana situasi beraya sebagai anak tunggal kerana saya dilahirkkan dalam keluarga yang agak besar..di sana saya hanya beraya bersama mak dengan pak teh (ayah dan mak su) dan su....memang agak berbeza...nampak lebih cool dan tersusun berbanding sambutan raya dlam keluarga saya..saya dilayan seperti anak sendiri...dihadiahkan sepasang baju raya yang dijahit sendiri oleh mak teh...dan di sini saya belajar bagaimana membuat kek coklat yang sunggu simple...tapi sedappp...hu3.

Dan raya kali ini saya sambut di kampung...trip yang sungguh mengujakan...bermula pada 2 hb september...kami bertolak pada pukul 5 petang ke KL selepas ujian EDU..rombongan kami ada 7 orang semuanya...dan semuanya adalah serumah...sampai di KL kami dimaklumkan akan bertolak pada pukul 8 ke LCCT..kami mengambil ruang di tepi-tepi jalan bersebelahan MYDIN untuk berehat dan sungkai...berbuka puasa ala kadar dengan panorama KL..tidak jauh daripada kami terdapat sekumpulan lelaki yang saya rasa pekerja Indonesia..mereka mengajak kami berbuka puasa sama2..namun kami menolak dengan baik kerana memikirkan keselamtan kami... beberapa org yang lalu lalang hanya memandang kami yang duduk bersila di atas jalan raya dengan pelbagai reaksi...

Tepat pukul 8 malam kami bertolak ke LCCT dan terpaksa bertukar bus di pertengahan jalan kerana beberapa masalah..kami tiba di LCCT pada pukul 11 malam dan bermalam di sana..kami mula sahur pada pukul 4 pagi kerana perlu ke balai berlepas lebih awal sblm penerbangan...setelah selesai semua urusan kami melabuhkan diri di balai berlepas...hu3..perjalan yang agak adventure bagi kami...namun Alhamdulillah kami berjaya sampai ke Sabah dengan selamat..

pengalaman ini tidak dapat diperolehi tanpa pengorbanan diri...pengalaman inilah yang mewarnai perjalan hidup hingga ke akhir hayat..kita berupaya mencorak hidup sama ada berseri ataupun kelam, semuanya di tangan kita dan hanya perlu kekuatan diri..bagaimana mendapat kekuatan diri jika kita tidak rela mengorbankan kesenangan?...berkorban sekarang utk masa depan...pengalaman ini juga membantu saya utk lebih bijak dalam mengadaptasi diri di tempat yang baru dan ketika berhadapan dengan ujian hidup...akhir kata Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...semoga cahaya kemenangan di Aidilfitri akan megiringi perjalanan hidup kita di dunia dan memberi keberkatan atas semua usaha yang dilaksanakan....ampunmaaf dipinta dari nur hatimu yang murni atas keizinanNYA...maaf zahir dan batin...











“BEYOND THE LIMIT FIRST CLASS STUDENT”

Pada kali ini saya bersama 8 orang rakan yang lain telah mengadakan program “BEYOND THE LIMIT FIRST CLASS STUDENT” di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah pada 21 Ogos 2010 bermula pukul 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Sebelum program dijalankan kami telah mengunjungi kaunselor sekolah iaitu pihak yang berurusan dengan kami sepenuhnya untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang golongan sasaran yang kami akan kendalikan dan membincangkan tentang kesesuaian tentative dan modul. Walaupun kami berhadap dengan kekangan masa kerana hanya diberi masa selama 4 jam sahaja, namun kami cuba menjalankan aktiviti dengan baik dan dapat melaksanakan semua modul mengikut masa yang telah ditetapkan. Kami juga amat gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh para peserta walaupun mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan kelas. Program yang dijalankan pada bulan puasa ini, banyak menguji kami dan juga peserta dan Alhamdulillah semuanya dapat menjalankan aktiviti walaupun kelihatan agak letih.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada kumpulan kami. Saya melihat sepanjang aktiviti dijalankan banyak guru-guru yang datang menjenguk dan kaunselor yang sentiasa berada di dalam dewan untuk memberikan bantuan tiap kali diperlukan. Saya juga rasa gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli kumpulan saya di mana mereka sangat bertungkus lumus untuk menjayakan program ini dan tetap tidak berputus asa walaupun berbagai masalah yang terpaksa kami hadapi.









Program Mengejar Pelangi dan Lailatul Ubudiyyah

Pada 6-8 Ogos yg lalu saya telah berkesempatan untuk meyertai sebuah program Mengejar Pelangi Impian dan Lailatul Ubidiyyah sebagai fasilitator di Sekolah Rendah Arab (JAIM)Batang Tiga Timur Melaka. Peserta terdiri daripada Tahun 4 - Tahun 6. kami bertolak daripada UPSI pada pukul 3 petang dan tiba tepat jam 7 malam di sekolah tersebut. kami disambut oleh beberapa orang guru termasuklah guru besar dan Ketua PIBG. Alhamdulillah, kami amat berterima kasih dengan layanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah. Bermula daripada kedatangan kami, kami telah disambut dengan baik, kemudahan-kemudahan program yang mencukupi, petempatan yang selesa dan juga makanan yang enak-enak sehinggalah lambaian terakhir mereka semasa kami bertolak balik ke Tanjung Malim.

Para peserta juga memberi kerjasama yang sangat baik walaupun mereka masih kelihatan amat muda untuk berdikari sendiri dengan bantuan guru-guru selama 3 hari 2 malam berkampung di sekolah. Walaupun mereka kelihatan agak letih kerana jadual program yang padat mereka tetap memberikan komitmen yang baik sehingga program berakhir.



















 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies

Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design